Laman ini diterbitkan untuk saya berkongsi pengalaman menjadi tutor rumah (home tutor) sejak 2005 lagi.
Saya mengajar di sekitar Lembah Klang (sekitar Shah Alam terutamanya). Asalkan lalu saja kawasan perumahan di sekitar itu, terus terimbau kenangan mengajar di rumah pelajar itu semua.
Kini saya hanya mengajar online sahaja, disamping mengendalikan Akademi ZZ.
Tujuan
Dengan pengalaman selama 20 tahun ini, saya terpanggil untuk membina laman ini untuk berkongsi cerita dan panduan bagaimana untuk menjadi tutor rumah ini, sepenuh masa atau separuh masa.
Tak mudah menjalankan karier ini, kerana ada saja risiko pemberhentian pelajar, serta tugasan kering jika tak kena gayanya.
Bukan saja isu sekuriti, malahan untuk menjalani hidup seperti beli kereta dan rumah juga sukar.
Biarpun begitu, kita masih terpanggil untuk menjadi tutor rumah ini kerana kita sukakan kebebasan, dimana kita boleh tentukan sendiri jadual sendiri.
Tak seperti cikgu sekolah, dimana jadual mereka tetap tapi ada saja kerja admin. Walaupun mereka lebih ada sekuriti.
Harapan saya
Saya berharap daripada laman ini, kita akan membentuk komuniti Tutor Baik, dimana kita saling berkongsi tugasan (online atau offline), ataupun saling menasihati supaya kita boleh menongkah arus alam bekerja sendiri ini dengan lebih mudah.
Pendidikan saya
Untuk membuktikan yang kita memilih karier ini bukan kerana wang semata ; saya berpendidikan akauntan profesional (ACCA) dari Accounting dan Business School (ABC) di Dublin, Ireland.
Saya sempat menjadi juru audit di firma antarabangsa KPMG. Prospek kerja saya sangatlah baik (kawan-kawan saya sekarang bergaji 6-7 angka setahun).
Tapi saya memilih juga karier tutor rumah ini, bermula dengan kadar RM30 sejam (ini kadar 20 tahun lalu).
Kenapa?
Mari perkenalkan diri anda.