Temubual : Tutor Assikin

1. Bagaimana boleh terjebak dalam karier tutor ini?

Tutor Assikin : Bermula sebagai Tutor Akedemik di universiti (tutor dan demonstrator) mula berjinak-jinak dlm bidang tutor kerana minat menjadi pengajar. Lama kelamaan, menjadi sebagai kerjaya sampingan disamping melanjutkan pelajaran di peringkat postgraduate.

 

2. Apa yang menarik tentang kerjaya tuisyen ini, sehinggakan anda masih mengajar?

Tutor Assikin: Kerjaya sebagai tutor memberikan saya ruang dalam mengatur jadual saya sendiri mengikut kemampuan dan kelapangan waktu saya. Selain itu, kerja ini juga adalah satu kerjaya yang mulia, di mana saya dapat membantu pelajar-pelajar yg lemah dalam pelajaran untuk menguasai pelajaran mereka. Dalam masa yang sama, saya juga memgumpul saham untuk bekalan di akhirat kelak. InsyaAllah.

Baca Lagi»

Kuasa “Everything’s Gonna Be Okay” Untuk Pelajar

Kata Keramat “Everything’s Gonna Okay!” Untuk Pelajar | Semua pelajar saya datang dari pelbagai latar belakang. Ada yang dari keluarga orang susah, ada yang dari keluarga ada-ada, ada yang ibu bapa pensyarah, businessman dan ada juga ibu bapa bekerja sebagai pengarah urusan sebuah syarikat besar. Dari keluarga biasa hingga keluarga ada-ada, bagi saya itu hanya latar belakang sesebuah keluarga. Itu bukanlah penentu asas kejayaan seorang pelajar. Tapi itu mampu jadi satu asbab yang mencorak kejayaan seseorang anak.

Keluarga merupakan orang terdekat dengan pelajar. Bagaimana jalan hidupnya dibentuk? Melalui keluarga yang terdekat. Keluarga yang membesar bersama dengannya.

 

Bagaimana coraknya? Lihat acuannya.

Bagaimana bentuknya? Lihat coraknya.

Bagaimana hasilnya? Lihat bentuknya.

Begitu juga pelajar. Dia seorang anak. Membesar dengan ibu bapa. Bagaimana ibu bapa mengacu bentuk anaknya, begitulah hasil didikan pada anaknya. Perkongsian saya kalini lebih pada pelajar yang ada-ada saja, ibu bapa yang kurang memantau keadaan perkembangan anaknya dan saya boleh kata dia lebih banyak hidup dengan orang gajinya dan sentiasa dihalang bila mahu keluar bersama kawan-kawannya.

Baca Lagi»

Nak Fokus Tuisyen Atau Kokurikulum?

Fokus Tuisyen Atau Kokurikulum | Isu nak lebih fokus pada tuisyen atau pada bidang kokurikulum ni rasanya macam tak perlu nak diperbesarkan kot kan. Kalau sebelum ni ramai orang bincang isu nak fokus mengajar tuisyen atau fokus pada kokurikulum di sekolah dari sudut pandangan seorang guru. Tapi, hari ni saya nak kongsi isu yang sama tapi dari sudut pandangan seorang pelajar sekolah.

Saya yakin kawan-kawan guru dan tutor di luar sana pun ada mengalami situasi yang sama samada di pusat tuisyen mahupun home tuition. Tak dinafikan ramai student yang berhenti dari pusat tuisyen bukan kerana tukar pusat tuisyen tapi sebab rutin harian yang padat ditambah dengan kegiatan kokurikulum di sekolah. Saya juga ada dalam 5 orang pelajar, semua isu yang sama.

Sebenarnya, memang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing jika pilih untuk fokus dalam tuisyen ataupun bidang kokurikulum. Di sini saya kongsikan bagaimana untuk fokus dalam dua hal ni tanpa perlu let go salah satu pun.

Andai katalah pelajar hanya fokus terus dengan kelas tuisyen, kita tak boleh nafikan bahawa kegiatan kokurikulum amat membantu pelajar dari segi bukan akademik contohnya, ia membantu dalam kemahiran komunikasi, networking, kerja dalam kumpulan, bagaimana membuat sesebuah keputusan besar dalam sesuatu tugasan, bagaimana bertanggungjawab atas setiap perbuatan, ajar pelajar erti disiplin, komitmen, teamwork dan banyak lagi elmu baru yang tak diajar dalam subjek akademik.

Bagaimana melatih anak biasa dengan kokurikulum dan tidak meninggalkan tuisyen?

Baca Lagi»

Usia Yang Sesuai Untuk Mulakan Tuisyen

Saya pernah mendengar kisah ada ibubapa mahu mencari tutor membaca pada anaknya yang berusia seawal 3 tahun!

Ini sungguh mengejutkan kita semua. Bayi lagi kot.

Jadi zaman moden sekarang yang memungkinkan apa saja, mahu berlumba-lumba dari segi pangkat dan harta, dan sekarang, pencapaian anak-anak pula?

Agak melampau juga. Tapi anda sebagai ibubapa juga mengalami dilemma yang sama: kita mahu yang terbaik, tapi pada masa yang sama, kita tak mahu ketinggalan juga.

Jadi umur berapa yang sesuai untuk memulakan tuisyen?

 

Saya berpendapat, ini soalan yang salah.

Soalan yang sepatut kita tanya : adakah anak perlukan tuisyen?

Baca Lagi»

Perlu Ke Hantar Anak Ke Tuisyen? Baca 5 Sebab Ini !

Perlu Ke Hantar Anak Ke Tuisyen? Baca 5 Sebab Ini ! | Saya ada buat research di beberapa buah blog peribadi dan boleh dikatakan dalam 80% mengatakan bahawa tuisyen itu tak perlu. Ada beberapa sebab yang menyokong kenyataan tu. Jadi saya buat kesimpulan yang kebanyakan penulis blog peribadi tak setuju tuisyen ini dijadikan norma dalam masyarakat Malaysia disebabkan bila orang terlalu mementingkan education, hal ni akan mematikan kehidupan seronok dan akan menghilangkan masa bermain kanak-kanak.

Tapi ada beberapa point yang saya kurang setuju sebab bagi saya, point tu dah tak relevan dalam abad ke 21 ni. Sangat tak relevan antaranya sebabkepesatan sistem teknologi dan kenyataan budak-budak zaman sekarang yang tak boleh nak fikir rasional demi masa depan.

 

5 Sebab Kenapa Anak Perlukan Tuisyen?

1. Seiring dengan waktu bermain dan belajar anak-anak

Tak dinafikan anak-anak akan kekurangan waktu bermain dan hilang keseronokan waktu kecil jika mengambil tuisyen. Tapi, mohon ibu bapa fikirkan demi kebaikan masa depan anak-anak. Waktu kecil bolehlah kita bagi diorang bermain, tapi jika dibiarkan dan sehingga besar tak dibiasakan dengan ‘pendidikan itu satu keperluan’, diorang akan anggap, “Tak apa, parents aku okay saja kalau tak pandai pun.

Ini yang perlu dibetulkan sejak kecil. Hal pendidikan kena diterapkan seawal diorang kecil lagi. Eh, tapi kan Siapa kata kalau pergi tuisyen, masa bermain anak-anak akan hilang? Bukan ke lebih bagus kalau anak-anak bermain dengan kawan-kawan sambil belajar daripada biarkan anak-anak bermain sia-sia dan itu hanya akan mengurangkan tempoh pembelajaran diorang.

 

Baca Lagi»

Bagaimana memupuk sikap membaca [untuk anak -anak].

Kita harus menerima hakikat ini;

JANGAN HARAP anak-anak akan suka membaca jika anda sendiri (sebagai penjaga) tidak gemar membaca.

Lebih awal anda sedar lebih baik.

Jadi penerangan di atas, menjelaskan yang soalan sebenar bukanlah memupuk minat membaca pada anak-anak (atau orang lain), tapi UNTUK DIRI SENDIRI.

Jadi di sini saya akan kongsikan tips berguna bagaimana untuk suka membaca. Saya tidak akan membincangkan membaca mengapa membaca itu penting (topik di lain hari, barangkali).

 

Tips 1: pergi ke kedai buku bersama famili.

Ketika saya kecil (sekolah rendah), abah saya kerap membawa saya beserta adik beradik ke kedai buku besar (seperti MPH, Popular) sementara menantikan anak saya membeli barang keperluan di pasar raya.

Saya akui, ketika berusia 10-11 tahun, mati kutu juga di dalam kedai buku, kerana saya ketika itu masih tiada minat membaca buku lagi.

Samalah dengan adik beradik ketika itu, melilau sana sini tanpa tujuan.

Tapi lama kelamaan, dalam 5 minit selepas, mata saya terpaku pada buku sains mengenai planet, saya juga nampak 2 adik saya di bahagian buku novel, dan di bahagian komik.

Ketika itu, masa dirasakan berhenti. Saya pun tidak tahu mengapa ilmu cakerawala begitu mempesonakan (mungkin pengaruh cerita Ultraman).

Sejak itu kami adik beradik yang selama ini tidak meminati buku, mula menanti hujung minggu untuk kedai buku lagi.

Saya huraikan lagi dalam poin tips 2.

Baca Lagi»