Logo
  • Home
  • Pages
    • About Us
    • Pricing Table
    • Team Members
    • Contact Us
    • Error Page
  • Projects
    • Our Projects V1
    • Our Projects V2
    • Our Projects V3
    • Projects Single
  • Services
    • Our Services V1
    • Our Services V2
    • Our Services V3
    • Services Detail
  • Blog
    • Blog With Sidebar
    • Blog Standard
    • Blog Single
  • Contact Us
Logo

Arrived compass prepare an on as. Reasonable particular on my it in sympathize. Size now easy eat hand how. Unwilling he departure elsewhere dejection at. Heart large seems may purse means few blind.

  • Address

    California, TX 70240
  • Email

    support@validtheme.com
  • OFFICE HOURS

    Office Hours: 8:00 AM – 7:45 PM

Permulaan Tuisyen : Tuitionplaza.com

  • Home
  • Permulaan Tuisyen : Tuitionplaza.com
  • By zainalzulia
  • In Blog

Tuitionplaza.com adalah laman web rujukan saya untuk mencari tugasan mengajar, ketika bermula pada 20 tahun lalu.

Dikendalikan oleh Alex, adminnya yang setia.

Lama juga saya bergantung harap pada laman ini, dalam 8 – 10 tahun pertama saya mengajar, sebelum saya membina rangkaian sendiri yang stabil dalam bisnes tuisyen ini.

Kini setelah 20 tahun, sudah tidak aktif laman ini.

Tak tahu bil ia sudah tidak aktif.

Ada tak cikgu-cikgu yang sempat gunakan servis ini ?

Mari komen di bawah.

Di sini, saya ingin kupas beberapa perkara mengenai laman tuitionplaza.com, bagaimana ia beri kesan pada karier saya.

Sekadar bernostalgia.

① Sistem SMS RM 5

Asalnya, kita harus membuat pembayaran SMS bernilai RM 5 hanya untuk melihat maklumat prospek, seperti nama, lokasi, harga tawaran dan jadual permintaan.

Tiada jaminan pun kita akan berjaya dalam permohonan ini -sekadar lihat maklumat ini, dan cuba hubungi ibubapa ini untuk berbincang.

Sebagai tutor baru, ini saja jalan pintas aku nampak untuk dapatkan tugasan.

Tapi dalam pengalaman aku, bila kita hubungi, kebanyakkan masanya tugasan sudah dipenuhi.

Kita tiada peluang langsung. Terbuang RM5 begitu saja.

Geram juga dibuatnya ; sepatutnya pihak admin tidak senaraikan lagi tugasan tersebut jika sudah dipenuhi. Boleh jadi juga prospek tak sempat beritahu admin.

Apapun, sistem ini tidak lama dijalankan. Mungkin kerana sebab di atas.

② Perubahan Sistem – Boleh Hubungi Terus

Selepas sistem SMS RM5 ini dilupuskan, gembira juga aku kerana boleh hubungi ibubapa terus.

Tapi ini juga tidak lama – beberapa bulan selepas itu, peluang tugasan ini dipenuhi oleh agen persendirian pula.

Biasanya mereka ambil 50% pada bulan pertama. Praktis ini adalah standard biasa dalam industri tuisyen.

Bagi aku, OK lah juga sistem ini kerana kita berpeluang i) berbincang, dan ii) mengajar terus tanpa mengeluarkan kos SEBELUM perbincangan (walaupun komisennya tidak murah juga).

③ Cara Kegemaranku : Bayar RM30 jadi “Top 10 New (Featured) Tutor”

Dengan hanya RM30 sahaja untuk dipaparkan di muka depan tuitionplaza.com sebagai “Top 10 New Tutor”.

Bergantung pada musim sibuk atau tidak ; kekadang nama kita cepat je turun, ataupun boleh bertahan lama. Jika nak nama naik balik, bayar lagi RM30.

Ini adalah cara kegemaranku – kerana ibubapa yang hubungi kita terus, tanpa orang tengah (agen).

Jika mereka hubungi kita, peluang dapat tugasan adalah lebih cerah, kerana mereka sudah buat tapisan dan kita antara yang terpilih.

Aku gunakan cara ini selalunya pada awal tahun, semasa jadual ku masih kosong.

Memori sungguh.

4 : Bertemu Sahabatku : Cikgu Azizul

Dari laman ini juga akan bertemu sahabat tuisyen ku, ketika menjawab tawaran tuisyennya di Kampung Subang. Beliau bertindak sebagai agen tika itu.

Aku ingat lagi – tiada foloap langsung selepas aku terima tugasan itu. Bermakna jika aku senyap begitu saja pun, Azizul macam pun boleh lupa (mengenai komisen).

Tapi fikirkan aku mahu kekal lama dalam bidang ini ; cukup bulan aku terus hubungi nya untuk bayar komisen RM 280 itu.

Telahan aku benar – dia langsung tak ingat mengenai ini hehe.

Alhamdulillah – selang beberapa bulan selepas itu , Azizul kembali hubungi aku untuk tugasan mengajar di pusat tuisyen miliknya sendiri : Pusat Tuisyen Pulau Ilmu.

Dan pelbagai projek kita jalankan bersama, dan sehingga kini persabatan terjalin.

Penutup – Terima Kasih Alex

Kini tuitionplaea.com tidak boleh lagi diakses. Manalah perginya si admin Alex ini, aku pun tak tahu.

Anda boleh akses sejarahnya di sini : https://web.archive.org/web/20050418055639/http://www.tuitionplaza.com/

Seingat aku, pada 2016 (tahun terakhir aku akses), masih sama lagi desainnya, tanpa perubahan.

Apapun, terimakasih kerana membantu aku memulakan karier sebagai tutor rumah ini.

p/s : kepada tutor yang membaca : anda ada kenangan manis (ataupun pahit) dengan tuitionplaza.com ini ?

Kongsikan.

Pengenalan
Cara Menangani Pembatalan Kelas

Leave a Comment Cancel reply

Recent Posts

  • Perlukah Ajar Banyak Subjek?
  • Cara Menangani Pembatalan Kelas
  • Permulaan Tuisyen : Tuitionplaza.com
  • Pengenalan
  • Consulted admitting is power acuteness.

Recent Comments

No comments to show.

Archives

  • November 2024
  • October 2024
  • July 2021

Categories

  • Analysis
  • Blog
  • Firewall
  • IT Solutions
  • Panduan
  • Pengalaman
  • Personal
  • Security
  • Technology
  • Tips

About aveit

Required honoured trifling eat pleasure man relation. Assurance yet bed was improving furniture man. Distrusts delighted Excuse few the remain highly feebly add people manner say. It high at my mind by roof.

Services

  • SEO Marketing
  • Pay Per Click
  • SEO Services
  • Social Media
  • SEO Audit

Company

  • About Us
  • Contact Us
  • Career
  • Terms
  • Team Members

Contact Us

  • ADDRESS

    California, TX 70240
  • EMAIL

    support@validtheme.com
  • CONTACT

    +44-20-7328-4499

© Copyright 2021 aveit By WordPressRiver

Logo