Salam sejahtera tutor sekalian.
Nama saya cikgu Zainal Zulia (Cikgu ZZ), telah menjadi tutor persendirian (rumah ke rumah) sejak 2004 lagi.
Saya berkelulusan ACCA (perakaunan profesional) dari
Dublin Business School, di Ireland. Sempat bekerja di firma audit antarabangsa KPMG di Kuala Lumpur beberapa tahun.
Walaupun karier saya bermula cemerlang – saya mengambil keputusan berhenti kerja, dan memilih karier yang tidak glamor ini – cikgu tuisyen.
Saya bermula dari bawah (kadar tuisyen hanya RM30 sejam) – mengajar rumah ke rumah di sekitar Lembah Klang ; Shah Alam, Subang Jaya, Sri Damansara, TTDI, Petaling Jaya dan sekitarnya.
Beratus (ataupun beribu ?) tugasan ini dilakukan (lalu saja di sekitar Lembah Klang, ada saja memori saya mengajar di lokasi rumah pelajar) – sehinggalah PKP pada Mac 2020, mengubah lanskap industri tuisyen ke online.
Kini saya mengendalikan pusat tuisyen online sepenuhnya, Akademi ZZ, bersama 6 tutor sepenuh masa, dan beratus pelajar di seluruh Malaysia.
Tujuan Blog Tutor Baik ini.
Asalnya saya nak buat laman web agensi tuisyen (seperti TutorKami), tapi tak berminat pula ke arah itu.
Saya lebih berasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan panduan hasil daripada karier selama 20 tahun ini.
Bukan itu saja, saya pun teruja untuk mendengar kisah dan pengalaman cikgu-cikgu lain juga.
Mari menulis : [ LINK ]
Komuniti Tutor Baik
Saya juga ingin membina komuniti Tutor Baik ini ; supaya kita boleh berkumpul, bertukar idea, tawarkan tugasan (untuk komisen) dan sebagainya.
Mari sertai : [ LINK ]
Affiliate Akademi ZZ
Terakhir sekali, Saya juga menawarkan peluang kepada cikgu semua menjadi affiliate Akademi ZZ, dengan komisen RM 100 jika pelajar menyertai tuisyen ini.
Mari sertai : [ LINK ]
Harapan Saya
Saya berharap laman ini akan jadi panduan berguna cikgu semua. Sama-sama kita cari makan dan berbakti.
Boleh hubungi saya : zainalzulia@akademizz.com.