Logo
  • Home
  • Pages
    • About Us
    • Pricing Table
    • Team Members
    • Contact Us
    • Error Page
  • Projects
    • Our Projects V1
    • Our Projects V2
    • Our Projects V3
    • Projects Single
  • Services
    • Our Services V1
    • Our Services V2
    • Our Services V3
    • Services Detail
  • Blog
    • Blog With Sidebar
    • Blog Standard
    • Blog Single
  • Contact Us
Logo

Arrived compass prepare an on as. Reasonable particular on my it in sympathize. Size now easy eat hand how. Unwilling he departure elsewhere dejection at. Heart large seems may purse means few blind.

  • Address

    California, TX 70240
  • Email

    support@validtheme.com
  • OFFICE HOURS

    Office Hours: 8:00 AM – 7:45 PM

Perlukah Ajar Banyak Subjek?

  • Home
  • Perlukah Ajar Banyak Subjek?
  • By zainalzulia
  • In Panduan Pengalaman

Ini sebenarnya terpulang kepada kemahuan anda sendiri – yang penting anda seronok dan benar-benar kuasai subjek tersebut.

Tapi adakah ia keputusan yang strategik?

Pengalaman Saya

Ketika baru bermula dulu, saya memilih 4 subjek kegemaran ; Add Math, Matematik, Fizik dan Kimia.

Pendapat saya – lagi banyak subjek, lebih banyak tugasan saya boleh klos.

Adakah ini benar ?

Tugasan Pertama – Farid dari Ampang

*bukan nama sebenar

Bapanya menghubungi saya menerusi iklan di tuitionplaza.com. Katanya, dia memilih saya kerana i) kelayakkan profesional saya (sebagai akauntan, walaupun tiada kaitan, dan ii) ‘kebolehan’ saya mengajar 4 subjek berat ini.

Walaupun sedar saya tidak berpengalaman (baru bermula kan), tapi mengenangkan 2 kelebihan di atas – saya diambil juga sebagai tutor.

Saya ditugaskan mengajar ; Add Math, Fizik dan Kimia – 3 kali seminggu.

Kadar saya RM 40 sejam, tapi di’nego’kan menjadi RM 30 sejam kerana tawaran pukal ini.

Bagaimana Hasilnya ?

Setelah 3 – 4 bulan mengajar Farid (tingkatan 5, mula tuisyen awal tahun) ; keputusan peperik­saannya merundum.

Bapanya sungguh kecewa, kerana bayar tuisyen RM720 sebulan bukanlah murah, tapi dapat keputusan sebegini pula.

Saya? Semestinya berasa bersalah ; Farid pula bukanlah pelajar yang cepat tangkap, apatah lagi sikapnya ‘tidak berapa rajin’ itu – tambahan dengan subjek berat, menyukarkan kami mencapai keputusan baik.

Ternyata, subjek yang saya kuasai tak semestinya saya boleh ajar dengan berkesan – ini pengajaran pahit yang saya telan.

Saya diberhentikan tak lama selepas itu.

Kelas Kedua : Aina dari Kampung Subang

Cikgu Azizul yang bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan Aina (bayar komisen).

Dia memilih 2 subjek ; Add Math dan Fizik.

Saya ingat lagi, kita belajar pada hari yang sama ; iaitu Ahad (Fizik 3:30 – 5.00 & Addmath 5:30 -7.00).

Sebulan selepas itu

Aina berterus terang dengan saya, katanya :

“Maaf cikgu saya nak berterus terang – cikgu ajar fizik, saya langsung tak faham”, katanya.

Terkejut beruk juga saya.

“Tapi cikgu ajar Add Math memang menyeronokkan, dan saya benar faham. Oleh itu, saya nak drop fizik, dan nak cikgu ajar Addmath sehinggalah SPM”, ujarnya lagi.

Main perasaan betul. Tapi saya sebenarnya berasa lega sangat.

Apa yang Saya Pelajari .

1- Ambil masa Untuk kenali kekuatan / Kelemahan Diri

Ketika ini, saya sudah mengajar hampir setahun.Walaupun saya menawarkan 4 subjek , ia TIDAK bermaksud mudah untuk memenuhkan jadual.

Jadual saya masih banyak lagi kosong.

Walaupun saya memang meminati AddMath daripada awal, tapi saya tidak berkeyakinan untuk fokus. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk bereksperimen dulu dengan 4 subjek ini.

Macam saya ceritakan di atas ; ambil masa juga untuk kita benar-benar tahu.

2 – Cikgu yang mengajar banyak subjek adalah amatur (kebanyakkannya)

Saya ada kawan, Cikgu Hafizul yang berkebolehan mengajar Addmath, Fizik dan Kimia untuk KSSM dan IGCSE dengan jayanya (kini sudah punyai akademi sendiri) – tapi ini adalah sangat jarang saya jumpai (tahap geniusmungkin).

Tapi untuk kebanyakkan tutor, mengajar terlalu banyak
subjek ( lebih 2 katakan ), menampakkan anda tiada kepakaran ataupun masih mencari identiti, seolah-olah mengajar hanyalah untuk cari makan – bukan nak jadi yang terbaik.

3 – Fokus apabila sudah jumpa kekuatan diri

Selepas kisah Aina di atas , saya terus kemaskini profil di tuition plaza dan hantar helaian terbang (flyers) untuk promo.

Alhamdulillah , pendapatan saya meningkat 3X ganda walaupun hanya mengajar Add Math (sebahagian kecil Matematik).

Saya hentikan terus fizik dan kimia.

Alhamdulillah, tawaran tugasan Addmath tidak putus
daripada situ, kebanyakkan dari referral (mulut-ke-mulut).

Saya boleh membina karier tetap dan membina kehidupan, terima kasih kepada Aina yang jujur dengan saya.

Kesimpulan

Ini adalah jalan hidup saya, sebagai tutor sepenuh masa.

Ramai kenalan tutor saya (yang juga sepenuh masa) juga super-fokus ; cikgu Azizul (matematik), cikgu Rafi (sejarah), cikgu Haizam (akaun) dan ramai lagi.

Apa pendapat anda, adakah anda setuju dengan penyataan ini ?

Cara Menangani Pembatalan Kelas

Leave a Comment Cancel reply

Recent Posts

  • Perlukah Ajar Banyak Subjek?
  • Cara Menangani Pembatalan Kelas
  • Permulaan Tuisyen : Tuitionplaza.com
  • Pengenalan
  • Consulted admitting is power acuteness.

Recent Comments

No comments to show.

Archives

  • November 2024
  • October 2024
  • July 2021

Categories

  • Analysis
  • Blog
  • Firewall
  • IT Solutions
  • Panduan
  • Pengalaman
  • Personal
  • Security
  • Technology
  • Tips

About aveit

Required honoured trifling eat pleasure man relation. Assurance yet bed was improving furniture man. Distrusts delighted Excuse few the remain highly feebly add people manner say. It high at my mind by roof.

Services

  • SEO Marketing
  • Pay Per Click
  • SEO Services
  • Social Media
  • SEO Audit

Company

  • About Us
  • Contact Us
  • Career
  • Terms
  • Team Members

Contact Us

  • ADDRESS

    California, TX 70240
  • EMAIL

    support@validtheme.com
  • CONTACT

    +44-20-7328-4499

© Copyright 2021 aveit By WordPressRiver

Logo