Rujukan : tutor yang masih ke rumah pelajar.
Tiada yang lebih mengecewakan, jika kita telah bersusah payah memandu kereta ke tempat pelajar, sebaik saja kita sampai – kelas dibatalkan.
Tak kisah lah sebab apa ; ada program minit akhir ke, tak sihat ke, terlupa ke, belum balik sekolah ke dan sebagainya.
Kita dah lah penat memandu, dan ada slot kosong yang sepatutnya boleh diisi dengan kelas lain – pulang dengan penat dan tangan kosong.
Adakah ini adil?
Cara saya ; caj sejam
Setelah beberapa kali kena sebegini (kekadang pelajar yang sama berulang kali), saya buat keputusan sendiri – saya akan kenakan juga caj sejam sebagai caj komitmen.
Boleh dikira sebagai caj minyak (pergi balik ke rumah pelajar).
Saya tak pasti bagaimana cara tutor lain, tapi saya memang gunakan cara ini untuk mengurangkan risiko kejadian.
Kesan
Alhamdulillah, sejak saja guna cara ini – TIADA IBUBAPA pun yang merungut jika kita kenakan caj ini. Mereka memang memahami situasi kita yang komited, dan mengambil tanggungjawab atas pembatalan tersebut.
Malahan, ‘denda’ ini akan menjadikan mereka lebih berhati-hati, dan akan memastikan pembatalan tidak berlaku secara tiba-tiba.
Jika terpaksa batal pun, mereka akan beritahu lebih awal, sebelum kita masuk kereta lagi.
Terma
Saya sarankan syarat ini dibincang terlebih dahulu agar ibubapa tidak ‘terkejut’ – saya sendiri TAK buat ini.
Tapi alhamdulillah, mereka masih terima dengan baik.
Bagaimana dengan kelas online?
Untuk kelas online, saya TIDAK terpakaikan denda ini. Ini kerana tiada ‘duit minyak’ terlibat. Jika batal pun, tiada masalah kita tidak kerugian apa-apa, boleh je buat aktiviti lain.
Kesimpulan
Denda ‘caj sejam’ ini adalah cara saya, bukan bermaksud ini cara standard. Anda boleh saja caj 70% ke, ataupun 100% atau kadar tetap RM60 katakan.
Poin di sini adalah ; kita harus minimakan kerugian belah kita.