Temubual : Tutor Assikin

1. Bagaimana boleh terjebak dalam karier tutor ini?

Tutor Assikin : Bermula sebagai Tutor Akedemik di universiti (tutor dan demonstrator) mula berjinak-jinak dlm bidang tutor kerana minat menjadi pengajar. Lama kelamaan, menjadi sebagai kerjaya sampingan disamping melanjutkan pelajaran di peringkat postgraduate.

 

2. Apa yang menarik tentang kerjaya tuisyen ini, sehinggakan anda masih mengajar?

Tutor Assikin: Kerjaya sebagai tutor memberikan saya ruang dalam mengatur jadual saya sendiri mengikut kemampuan dan kelapangan waktu saya. Selain itu, kerja ini juga adalah satu kerjaya yang mulia, di mana saya dapat membantu pelajar-pelajar yg lemah dalam pelajaran untuk menguasai pelajaran mereka. Dalam masa yang sama, saya juga memgumpul saham untuk bekalan di akhirat kelak. InsyaAllah.

3. Apa kenangan manis/terbaik dalam sepanjang karier ini?

Tutor Assikin: Kenangan terbaik apabila seorang pelajar saya (upsr 2017) yang tidak pernah lulus sebelum ini, berjaya mendapat C dalam matematik. Walaupun agak mustahil pada mulanya, memandangkan pelajar ini tidak pernah lulus sejak dari tahun 5, tetapi usaha yang ditunjukkan membuktikan yang dia boleh lulus dengan cemerlang dengan usaha dan keazaman. Pelajar ini menjadi kebanggaan saya dan saya jadikan beliau contoh untuk pelajar-pelajar saya yang lain. Kejayaan mereka adalah trofi terbaik dalam karier saya.

 

4. Apakah kenangan terburuk?

Tutor Assikin: Kenangan buruk, apabila pernah tidak dibayar untuk 3 bulan kelas semasa menjadi tutor di sebuah center. Walaupun setelah berkali kali merujuk dan menelefon main center, sampai ke hari ini masih lagi tidak mendapat hak yang sepatutnya. Agak sedih dengan situasi memandangkan pada masa itu, saya sedang melanjutkan pelajaran. Selain itu, pernah ada ibu bapa menunding jari kepada saya atas penurunan prestasi anak-anak mereka, walaupun saya telah sehabis daya membantu.

 

5. Apa nasihat anda sebagai tutor kepada pelajar dan ibubapa?

Tutor Assikin : Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan, sentiasa menjadi tulang belakang menyokong anak-anak, memberikan galakkan dan motivasi untuk anak-anak berjaya. Kepada pelajar pula yang bakal menduduki peperiksaan, jangan berputus asa sehinggalah ke hari peperiksaan. Kejayaan itu tidak mustahil, perlukan usaha gigih dan tidak mudah mengaku kalah.

 


 

Tutor Assikin

Kepakaran : Fizik SPM

Cari Tutor Lain?

Ada Berpuluh Tutor!