Kuasa “Everything’s Gonna Be Okay” Untuk Pelajar

Kata Keramat “Everything’s Gonna Okay!” Untuk Pelajar | Semua pelajar saya datang dari pelbagai latar belakang. Ada yang dari keluarga orang susah, ada yang dari keluarga ada-ada, ada yang ibu bapa pensyarah, businessman dan ada juga ibu bapa bekerja sebagai pengarah urusan sebuah syarikat besar. Dari keluarga biasa hingga keluarga ada-ada, bagi saya itu hanya latar belakang sesebuah keluarga. Itu bukanlah penentu asas kejayaan seorang pelajar. Tapi itu mampu jadi satu asbab yang mencorak kejayaan seseorang anak.

Keluarga merupakan orang terdekat dengan pelajar. Bagaimana jalan hidupnya dibentuk? Melalui keluarga yang terdekat. Keluarga yang membesar bersama dengannya.

 

Bagaimana coraknya? Lihat acuannya.

Bagaimana bentuknya? Lihat coraknya.

Bagaimana hasilnya? Lihat bentuknya.

Begitu juga pelajar. Dia seorang anak. Membesar dengan ibu bapa. Bagaimana ibu bapa mengacu bentuk anaknya, begitulah hasil didikan pada anaknya. Perkongsian saya kalini lebih pada pelajar yang ada-ada saja, ibu bapa yang kurang memantau keadaan perkembangan anaknya dan saya boleh kata dia lebih banyak hidup dengan orang gajinya dan sentiasa dihalang bila mahu keluar bersama kawan-kawannya.

Selepas habis kelas home tuition haritu, saya saja lah berborak dengan pelajar akaun tu, tahun ni dia Tingkatan 5. Asalnya nak berborak 10 – 15 minit saja memandangkan saya pun ada kelas lagi di Denai Alam dalam satu jam lepas kelas dengan Bella (bukan nama sebenar). Sembang punya sembang dekat setengah jam juga dia meluahkan rasa hati yang terpendam tu. hihi. Cikgu pun tepuk dahi tapi tak apa lah, semoga dengan cara ni dia dapat lepaskan apa yang terbuku dalam hati yang tak ada siapa nak dengar termasuk ibu bapa dia.

Secara jujurnya, bagi saya tugas guru atau tutor di rumah sebenarnya bukan setakat mengajar ilmu akademik tapi juga bantu dia dalam ilmu bukan akademik. Contohnya, bagi dia nasihat, motivasi dan kata-kata semangat.

Kalau kita pun bila stress dengan kerja, kecewa dengan hidup ke kita pasti akan rasa serba tak kena, silap-silap boleh depression, boleh jadi gila tau kalau tak mampu kawal emosi tu dengan baik. Ini kita, yang dah boleh berfikir dengan matang. Diorang? Budak-budak lagi.. Belum hadap kehidupan luar lagi.

Baiklah. Saya ringkaskan ceritanya. Soalan yang saya ajukan haritu, “Macamana kelas dengan saya so far. Dah masuk 10 bulan dah ni kan.” Dia punya jawapan tu dah rupa tazkirah guys haha. Cuma saya pendekkan cerita, dia luahkan yang selama ni dia rasa dia akan selamanya bodoh dan takkan boleh faham apa yang cikgu sekolah ajar when it comes to calculation. See? Sampai begitu sekali dia anggap diri dia hanya kerana gagal subjek akaun dan matematik tambahan masa Tingkatan 4. hihi.

Kadang-kadang bukan sebab tak faham subjek kira-kira pun, tapi sebab 5 hal ni :

1. Penat dengan kepadatan jadual

Bila jadual harian terlalu padat dengan kelas dan kelas tambahan (Baca : pelajar dah drop kokurikulum) dan kelas tuisyen pagi, petang, siang dan malam. Maka, jadual yang padat membuatkan dia kurang masa untuk membuat ulangkaji sendiri dan buat latihan berulang-kali  untuk subjek pengiraan. Ini analogi saya saja. Ianya berdasarkan kebanyakan pelajar yang curhat pada saya. See? Saya pun dah boleh jadi kaunselor dah ni kan? hihi

2. Tekanan tanpa henti

Tekanan dari ibu bapa yang paling memberi kesan pada pelajar. Saya ada bagitahu kan keluarga, ibu bapa adalah orang paling dekat dengan pelajar. Bagaimana ibu bapa, begitulah anak-anak. Kalau nak anak-anak belajar dan dapatkan apa yang ibu bapa mahukan. Bukan dengan cara memaksa dan beri tekanan. Tapi sentiasa beri dorongan dan sokongan pada anak-anak. Bukankah lebih mudah perjalanan untuk mencapai kejayaan tu. It’s alright. Everything’s gonna be okay, dear..

3. Tiada masa untuk diri sendiri

Bila tiap kali nak berehat je, teringat kerja sekolah yang menimbun. Bila nak buat kerja sekolah je, mata dah mula nak terkatup. Di sini, saya cuma boleh nasihatkan untuk belajar mengurus masa dengan sebaiknya. Kakak dulu masa dah kerja, kakak sambung belajar separuh masa, berniaga separuh masa dan mengajar anak-anak bangsa separuh masa juga.. Eh bukan.. Bukan niat nak membandingkan.. Cuma nak bagitahu, belajarlah urus masa seawal masa sekolah lagi. Dah sambung belajar nanti senang, boleh dapat dekan setiap semester. Gitew.

4. Tak pasti masa depan yang ingin diceburi

Saya akan pesan berulang kali, “Awak buat je yang terbaik dalam SPM awak ni. In shaa Allah akan ada rezeki yang terbaik menanti awak nanti.” Tak perlu pening dan tertekan. Follow the flow and everything’s gonna be okay.

5. Tiada masa bersosial

Saya dulu pun bukan jenis selalu hangout dengan kawan-kawan. Asal nak keluar je, mak tak bagi. Asal nak jalan-jalan sebulan sekali pun, tak bagi. Memang mak saya kurang benarkan. Kalau dalam 10 orang kawan, cuma 9 orang je yang selalu keluar bersama. Dan yang selalu kena tinggal tu siapa? Haa, sayalah. Tapi saya terima dengan lapang dada walaupun mulanya jiwa remaja saya memberontak.

Nak tahu tak kenapa? Sebab saya tahu ini cara terbaik mak ayah didik saya. Diorang jaga saya baik-baik masa sekolah sebab saya belum matang untuk fikir baik buruk jika bersosial. Dan saya dengan lapang dada terima. Buat apa nak keluar kalau dekat sekolah dah muka tu je kita jumpa. Ibu bapa kita tu tahu bila masa kita boleh fikir dengan matang, baru dia lepaskan. Nanti kalau awak dah masuk universiti, awak akan hidup jauh dari keluarga. Masa tu awak belajar lah hidup sendiri. Masa tu mak ayah awak tak halang awak dah, sebabnya diorang yakin yang awak dah boleh fikir dengan matang!

Perkara paling gembira bagi saya, sampai ke harini pun pelajar-pelajar saya akan ingat, “Everything’s gonna be okay.”

Sangat keramat ayat ni tau. Memang power. Para tutor boleh lah try apply kat student korang yang lemah semangat, lemah motivasi tu. hihi. Dan alhamdulillah. Keputusan ujian tahun ni memberangsangkan dan macam biasa reaksi mak ayah dia macam biasa saja, like nothing happen. Tapi, reaksi tu seolah-olah berbunyi seperti, “Haa, kan mama dah cakap. Akaun tu bukan susah mana pun. Kena faham konsep lah. Tak faham konsep, tu yang hang asyik-asyik gagal je.” Pftttt.

Kadang-kadang kesian dengan pelajar yang bila dah dapat keputusan yang agak cemerlang tapi ibu bapa react like nothing happen. Bagi saya, sekurang-kurangnya tunjukkanlah sedikit rasa gembira dan bahagiakan anak yang bersusah-payah nak banggakan ibu bapa. Tapi, saya tak salahkan ibu bapa sebegitu tau. Sebabnya, ada sebab diorang buat macam tu. Macam taknak tunjuk yang itu dah terbaik. Dorang nak lagi terbaik daripada anak-anak. Am I right?

Kesimpulannya, bagi saya sebagai seorang tutor, tak perlulah kita nak ambil alih kerja cikgu sekolah, tapi jadilah tutor yang membantu pelajar dari aspek lain. Sebab tu kalau kita putuskan untuk jadi tutor, kita kena bersedia untuk jadi kawan-kawan pada pelajar dan kalau boleh jadi kakak atau abang pun boleh. Bukan apa, keserasian tu sangat penting dalam menyampaikan ilmu, bukan? Sekian coretan dari hati kecil saya, Cikgu Akin Akaun.

 

 

 


 

Penulis : Tutor Akin

Kepakaran : Prinsip Akaun

Cari Tutor Lain?

Ada berpuluh tutor!