Kita harus menerima hakikat ini;

JANGAN HARAP anak-anak akan suka membaca jika anda sendiri (sebagai penjaga) tidak gemar membaca.

Lebih awal anda sedar lebih baik.

Jadi penerangan di atas, menjelaskan yang soalan sebenar bukanlah memupuk minat membaca pada anak-anak (atau orang lain), tapi UNTUK DIRI SENDIRI.

Jadi di sini saya akan kongsikan tips berguna bagaimana untuk suka membaca. Saya tidak akan membincangkan membaca mengapa membaca itu penting (topik di lain hari, barangkali).

 

Tips 1: pergi ke kedai buku bersama famili.

Ketika saya kecil (sekolah rendah), abah saya kerap membawa saya beserta adik beradik ke kedai buku besar (seperti MPH, Popular) sementara menantikan anak saya membeli barang keperluan di pasar raya.

Saya akui, ketika berusia 10-11 tahun, mati kutu juga di dalam kedai buku, kerana saya ketika itu masih tiada minat membaca buku lagi.

Samalah dengan adik beradik ketika itu, melilau sana sini tanpa tujuan.

Tapi lama kelamaan, dalam 5 minit selepas, mata saya terpaku pada buku sains mengenai planet, saya juga nampak 2 adik saya di bahagian buku novel, dan di bahagian komik.

Ketika itu, masa dirasakan berhenti. Saya pun tidak tahu mengapa ilmu cakerawala begitu mempesonakan (mungkin pengaruh cerita Ultraman).

Sejak itu kami adik beradik yang selama ini tidak meminati buku, mula menanti hujung minggu untuk kedai buku lagi.

Saya huraikan lagi dalam poin tips 2.

Tips 2 – Fokus pada Bacaan Diminati.

Pada permulaan, usah terlalu menghakimi buku dipilih (asalkan sihat).

Mekanismanya mudah; kita mula dengan perkara yang diminati dulu, barulah cari buku dalam bidang tersebut. Bukan sebaliknya.

Jika anda pegang konsep ini, insyallah tiada masalah mereka menanam sikap membeza. Apa yang saya nampak kesilapan ibubapa adalah mereka sendiri yang menentukan buku anak-anak.

Ini membuatkan mereka tak suka. Malah mungkin benci membaca.

Pengalaman saya sendiri, abah saya sendiri membiarkan kami adik beradik memilih sendiri buku, tanpa masuk
campur pun.

Bahagian yang paling best; dia terus membayar buku pilihan tanpa banyak soal.

Tapi bagaimana untuk menyambung momentum membaca di rumah?

 

Tips 3- Anda sendiri jadi ikutan.

Seperti perbincangan di atas, anak-anak hanya ikutkan kita.

Ini tiada masalah jika anda suka membaca. Bagaimana jika tidak?

Jika anda serius mahu memupuk sikap membaca untuk famili, anda tiada pilihan selain DARIPADA MENYEMAI HABIT INI DALAM DIRI ANDA.

Tapi bagaimana?

Ikut saja 2 langkah di atas tadi;
i) luangkan masa di kedai buku, dan
ii) pilih bahan bacaan yang anda minati.

Itu saja. Ingatlah akan ada bacaan yang best untuk anda. Buat ini selalu, dan ia akan menjadi habit satu keluarga.

 


 

[services set=”25″ columns=”2″ /]

Leave a reply

Minimum 4 characters